Sendi Mahir Sdn Bhd (SMSB) Calibration Services
Ikrar Integriti Korporat
Ikrar Integriti Korporat
5 PRINSIP ANTIRASUAH BAGI SYARIKAT-SYARIKAT DI MALAYSIA
Prinsip 1: Komitmen untuk menggalakkan nilai integriti, ketelusan dan tadbir urus yang baik
Prinsip 2: Pengukuhan sIstem kawalan dalaman yang menyokong pencegahan rasuah
Prinsip 3: Pematuhan undang-undang, polisi dan prosedur yang berkaitan dengan usaha memerangi rasuah
Prinsip 4: Pembanterasan segala bentuk gejala rasuah
Prinsip 5: Menyokong inisiatif pencegahan rasuah oleh kerajaan dan SPRM
Our company has signed a pledge with the Malaysian Corporate Integrity since August 2012.
Mengiktiraf bahawa:
- Prinsip Antirasuah Bagi Syarikat-Syarikat Di Malaysia, sebagaimana ianya boleh dipinda atau disemak dari semasa ke semasa, adalah merupakan prinsip di mana organisasi/syarikat di Malaysia perlu memberikan komitmen untuk mempromosikan integriti, ketelusan dan tadbir urus terbaik dalam semua aspek operasinya;
- Untuk menjalankan perniagaan yang bebas daripada rasuah, sejajar dengan Prinsip Antirasuah Bagi Syarikat-Syarikat Di Malaysia bagi menjaga kepentingan organisasi/syarikat dan pemegang sahamnya, di mana rasuah boleh memusnahkan nilai pegangan saham, menjejaskan keyakinan para pelabur dan menghalang perkembangan mampan organisasi/syarikat.
Bahawasanya kami, seluruh warga kerja SENDI MAHIR SDN BHD berikrar:-
- tidak akan sama ada secara sendiri atau wakil atau melalui mana-mana ejen melakukan apa-apa kesalahan rasuah atau sebarang bentuk penyelewengan di bawah mana-mana peruntukan undang-undang, termasuk tetapi tidak terhad kepada Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 atau Kanun Keseksaan;
- tidak akan menjalankan apa-apa amalan perniagaan atau aktiviti-aktiviti yang memerlukan atau menggalakkan mana-mana pekerja, wakil atau ejen untuk melakukan sebarang bentuk kesalahan rasuah;
- akan bersama-sama dengan pelanggan, rakan kongsi perniagaan, agensi kawal selia dan agensi penguatkuasaan undang-undang bagi mewujudkan persekitaran perniagaan yang bebas daripada rasuah;
- akan mendukung Prinsip Antirasuah Bagi Syarikat-Syarikat Di Malaysia dalam menjalankan perniagaan dan interaksi dengan pelanggan, rakan kongsi perniagaan, dan agensi Kerajaan; dan
- akan bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang melakukan perbuatan yang boleh menggugat integriti serta menjatuhkan imej organisasi/syarikat.